Tok Det Nafi Laporan Portal Mengenai Penduduk Kg Lebai Seman

by Pengarang Kanan

Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan laporan sebuah portal yang menyatakan penduduk Kg Lebai Saman di Kedah hidup susah, tiada makanan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  yang kini sudah menghampiri fasa ke-3. 

Menerusi Laman twitternya, Ahli Parlimen Padang Terap itu menyatakan Lebih 11, 000 pek bantuan asas telah diedarkan. Mustahil penduduk Kg. Lebai Saman tak dapat langsung. Jumlah penduduk pun tak sampai 500, seperti di dalam berita ini. Jelas Laporan berniat jahat tulisnya lagi.

Portal Free Malaysia today melaporkan 500 penduduk di Kampung Lebai Saman di Kuala Nerang, Kedah didakwa menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi menyekat penyebaran wabak Covid-19.

Seorang penduduk Mohd Amin Yaakob berkata, beliau yang pulang ke kampung melihat rata-rata penduduk berdepan keadaan yang cukup getir, termasuk tiada punca pendapatan kerana 90% daripada mereka bekerja sebagai penoreh getah dan menerima gaji harian.

Lebih menyedihkan katanya, penduduk kampung susah mendapat makanan.

Katanya, keadaan menjadi lebih buruk apabila anak yang bekerja bagi membantu ibu bapa mereka tidak dapat bekerja ketika PKP.

Mengulas isu yang sama, salihudin Khalid yang turut membidas laporan itu berkata Berita kitar semula. Dah dinafikan. @JKMHQ pun pelik kerana tindakan telah diambil lebih awal. Bilangan penduduk pun hanya rekaan sumber katanya

Manakala seorang lagi pengguna twitter @nurulaminhamid pula berkata Nak beritahu anda semua, Ini berita tak betul,sudah lebih dari 6 pihak dah turun agihkan bantuan seperti @MahdzirKhalid , zakat, mpkk, jkm,pkwr PAS Dun Pedu dll.

Artikel Berkaitan