Siasat Segera ‘Peguam Terlajak’

by Ketua Pengarang

KUALA LUMPUR, 27 April – Pihak berkuasa digesa menyiasat satu klip video bogel yang dipercayai membabitkan seorang peguam yang tular di media sosial sejak semalam.

Aktivis masyarakat, Azman Kang Abdullah berkata, klip video berkenaan mengundang pelbagai reaksi dariapda netizen yang

 

kurang senang dengan tindakan itu.

Katanya, pemerhatiannya mendapati, lelaki berkenaan memuat naik video berdurasi 16 saat itu di Facebook, yang dirakam seorang wanita lain.

“Rakaman seperti ini menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat khususnya kanak-kanak yang menghabiskan masa melayari Facebook ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Turut kelihatan di dalam video itu adalah alat sulit lelaki itu. Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan apatah lagi jika benar ia dilakukan seorang pengamal undang-undang,” katanya.

Azman berkata, beliau menerima banyak aduan dariapda ibu bapa yang melihat klip berkenaan yang tular di media sosial.
Menurutnya, media sosial seperti Facebook sepatutnya menjadi ruang untuk masyarakat berkongsi perkara yang baik, bukannya perlakuan sumbang seperti itu.

“Kadang-kadang kita tak faham kenapa ada yang sanggup melakukan perkara tidak senonoh semata-mata ingin mendapatkan perhatian netizen.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga wajar menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya, kita tidak mahu ia menjadi contoh tidak baik kepada generasi baru,” katanya.

 

Artikel Berkaitan