Saya Tak Pernah Sokong Pun Mana-Mana Individu Jadi Calon PM – Dr M

by Ketua Pengarang

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu beliau tidak pernah menyokong mana-mana individu untuk diangkat menjadi perdana menteri.

Mahathir berkata, beliau yang kini bergerak atas platform Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, parti itu bebas dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu atau parti yang mempunyai cita-cita mendapatkan sesuatu jawatan.

“Saya diberitahu kononnya saya menyokong seseorang daripada calon yang ingin menjadi perdana menteri. Saya ingin nyatakan saya tidak pernah beri sokongan kepada sesiapa pun sebagai calon untuk menjadi perdana menteri.

“Saya sendiri berada dalam parti baru saya, iaitu Pejuang dan parti ini bebas dan tidak ada kaitan dengan mana-mana parti atau individu yang mempunyai cita-cita untuk mendapat sesuatu jawatan.

Artikel Berkaitan