Penangguhan HSR mungkin dilanjutkan melangkaui 31 Mei

by Wartawan

Penggantungan pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sepanjang 350 kilometer mungkin dilanjutkan melangkaui 31 Mei 2020.

“Malaysia telah meminta untuk melanjutkan tempoh penggantungan bagi membolehkan kedua-dua pihak membincangkan perubahan yang dirancangkan.

“Kami sedang mempertimbangkan permintaan mereka dengan serius,” kata Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan dalam catatan Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, kedua-dua kerajaan telah bersetuju untuk menggantung pembinaan projek dua hala itu sehingga 31 Mei 2020 bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk projek itu.

Kerajaan Malaysia telah mengkaji semula projek tersebut dengan MyHSR Corp untuk mengenal pasti opsyen pengurangan kos, seperti menyemak dan mengoptimumkan penjajaran, lokasi stesen dan model perniagaan.

Bernama

Artikel Berkaitan