Pas Ajak Semua Parti Berikan Keutamaan Dan Fokus Kesejahteraan Rakyat

by Ketua Pengarang

KUALA LUMPUR, 15 Okt – PAS hari ini menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan dan langkah berhikmah Baginda menyelesaikan sebarang kemelut termasuklah politik, sehingga berjaya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan kestabilan dalam negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS yakin Baginda telah bertindak berdasarkan segala kuasa prerogatif dan budi bicara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan undang-undang negara atas konsep Raja Berperlembagaan (constitutional monarchy).

“Justeru PAS menyeru parti-parti politik yang diberikan amanah untuk membentuk Kerajaan Baginda (His Majesty’s Government) yang kini dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia, diberikan sokongan padu tanpa diganggu gugat bagi membolehkan Kerajaan ini befungsi dengan baik dan efektif.

Jemaah Kabinet yang dianggotai oleh parti-parti BN, PN, GPS, PAS dan GRS mestilah bertindak secara kolektif dan bertanggungjawab dengan memberikan keutamaan dan fokus kepada kesejahteraan rakyat, terutama di era sukar di manasemua pihak berusaha bertungkus lumus bagi menangani penularan semula pandemik Covid-19 serta langkah memulihkan ekonomi negara yang teruk terjejas,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini

 

Artikel Berkaitan