Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

“Setelah Tun (Dr. Mahathir Mohamad) mempelawa orang Melayu supaya bersatu, Datuk Norman Abdul Halim telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli Bersatu seumur hidup kepada saya hari ini,” katanya hari ini.

Borang permohonan Norman yang juga Presiden Eksekutif KRU Studios diserahkan kepada Abu Bakar dalam satu majlis, tengah hari tadi.

Sabtu lalu, Ridzuan yang terkenal dengan watak ‘King’ dalam filem KL Gangster menyerahkan borang keahlian sebagai ahli Bersatu pada Majlis Sambutan Aidilfitri Bersatu Bahagian Shah Alam.

Kemasukan kedua-dua selebriti tanah air ke dalam Bersatu itu hadir susulan pelawaan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu supaya semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai parti berkenaan bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Dr. Mahathir ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor, Jumaat lalu turut menegaskan perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam.