MTA Tangguh Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan Ke 34

by Pengarang Kanan

Persatuan Taekwondo Malaysia ( MTA)  hari ini  memaklumkan bahawa Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan MTA Ke 34 dan Jemputan Pulau Pinang Ke-31, 2020 yang berlangsung bermula 13 hingga 15 Mac 2020 terpaksa ditangguhkan.

Menurut Presidennya, Dato’ Sri Nik Aswan Bin Nik Abdul Aziz Keputusan penangguhan kejohanan itu adalah sejajar dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan agar menangguhkan semua program melibatkan orang ramai berikutan perkembangan terkini penularan jangkitan coronavirus (COVID-19).

Kami dipihak MTA memohon maaf kepada semua 900 peserta dan keluarga yang telah di tempat kejohanan MTA di USM Pulau Pinang.

Menjadi tanggungjawab kami sebagai penganjur untuk menjaga kebajikan para peserta, sukarelawan, Jawatankuasa serta rakan kerjasama, masyarakat secara amnya.

Kami di MTA tidak akan bertolak ansur dengan aspek keselamatan dan kesihatan para peserta.
Kami memohon maaf di atas kesulitan kepada semua pihak yang menyokong kami selama ini katanya di dalam siaran medianya sebentar tadi. 

” Kami berharap para peserta, keluarga dan peminat sukan Taekwondo dapat menerima keputusan ini” 

Menurutnya lagi MTA bersetuju menangguhkan Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan MTA Ke 34 dan Jemputan Pulau Pinang Ke-31, 2020 pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Tambahnya MTA mengucapkan terimas kasih kepada Saudara Eddie Tuan, Setiausaha Agung MTA dan Grandmaster Peter Kang Pengerusi Lembaga Teknikal yang sentiasa berhubung rapat dengan pelbagai kementerian serta pihak berkaitan bagi memastikan semua perkara berjalan lancar. – Malaysianview 

Artikel Berkaitan