Ketua Menteri Sabah Pulih Covid19, Dibenar Keluar Wad

by Ketua Pengarang

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang telah pulih daripada COVID-19,dibenarkan keluar dari Wad Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu, pagi tadi, ujar Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau telah dimasukkan ke wadisolasi HQE pada 8 Oktober 2020 namun  keadaan  beliau beransur sihat dan dibenarkan keluar dari wad pada hari ini. Turut dibenarkan pulang ialah isteri beliau, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Julia Salag.

“Saya mewakili seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia mendoakan agar beliau terus sihat dan pulih sepenuhnya agar dapat berkhidmat untuk rakyat. Kerajaan akan terus bersama membantu Negeri Sabah menangani pandemik COVID19,” tambahnya.

Artikel Berkaitan