kementerian Kesihatan Wartakan Pusat Kuarantin Covid-19

by Pengarang Kanan

Kuala Lumpur – kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mewartakan senarai tempat yang dijadikan sebagai pusat kuarantin untuk Covid-19.

Sebanyak 409 premis milik institusi dan jabatan kerajaan, diisytiharkan sebagai stesen kuarantin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuat kuasa mulai hari ini.

Pengisytiharan Stesen Kuarantin (No 2) 2020 itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menerusi warta kerajaan itu mengikut Seksyen 2 Akta 342.

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 2 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Menteri mengisytiharkan tempat yang dinyatakan dalam Jadual sebagai stesen kuarantin,” mengikut warta itu.

Dalam perkembangan terbaru, Pusat CRPC kebangsaan telah mengumumkan sehingga kini Malaysia sudahpun mencatatkan 8 kematian sehingga kini. 

berikut adalah senarai penwartaan tersebut 

 

Senarai pusat quarantin

 

Artikel Berkaitan