Jangan Patahkan Semangat Ustaz Ebit Liew – Zahida

by Ketua Pengarang

KUALA LUMPUR, 21 April – Dalam keadaan krisis hari ini, kita nampak ada banyak pihak tidak kira kerajaan,NGO,persatuan termasuk orang perseorangan yang prihatin membantu insan kurang bernasib baik.

Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan berkata, setiap bantuan besar mahu pun kecil sekurang-kurangnya dapat memberi keceriaan kepada mereka yang terkesan akibat daripada PKP ini.

“Setiap hari kita sedar kerja-kerja amal yang dibuat oleh Ustaz Ebit Liew amatlah dialu-alukan kerana tidak mungkin satu pihak mampu melakukan semua perkara sebagaimana yang telah diusahakannya, malangnya saya terbaca ada juga segelintir pihak kurang senang dengan kebaikan yang dilakukan.

Apa jua alasan, kita seeloknya tidak ada sifat negatif hingga ada rasa siapa lebih baik atau siapa lebih layak menghulurkan bantuan.

Kita sepatutnya berterima kasih kepada siapa sahaja pihak yang mahu datang membantu insan memerlukan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jangan jadikan ia sebagai isu politik hingga ada tindakan kecam-mengecam sesama kita.

Kesan daripada kerja amal itu telah menggerakkan hati lebih ramai rakyat Malaysia berkemampuan untuk turut sama menyumbang.

“Saya percaya Ustaz Ebit Liew berniat baik dan bertujuan menunjukkan nilai-nilai murni ajaran Islam kepada semua yang melihat.

Kami doakan Ustaz terus diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki dan dirahmati Allah sentiasa,” ujarnya lagi.

 

Artikel Berkaitan