COVID-19: Presiden MTA Nasihatkan Ahli Seluruh Negara patuhi Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan

by Pengarang Kanan

Kuala Lumpur : Semua pihak termasuk atlit haruslah mengikut perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan pihak berkuasa pinta Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia ( MTA) Dato’ Sri Nik Aswan Nik Abdul Aziz hari ini

Katanya perintah kawalan ini adalah sementara namun perkara ini akan menjadi lebih sukar seandainya kita gagal untuk mengikuti peraturan kawalan pergerakan ini tegasnya lagi.

Beliau juga turut menasihatkan kesemua ahli persatuan untuk turut mengekalkan gaya hidup yang sihat dan mengekalkan kecerdasan dengan membuat latihan di rumah.

Namun di dalam latihan di rumah juga ianya harus dilakukan dengan berhati-hati dan tidak melampau kerana Kita tidak mahu di dalam keghairahan kita mengekalkan kecerdasan, perkara lain pula yang timbul nanti ujarnya lagi.

Selain dari itu beliau juga menasihatkan untuk para atlit-atlit untuk kekal tenang, patuhi jarak hubungan sosial, gunakan penutup hidung dan mulut serta menjaga kesihatan diri mereka sepanjang tempoh sukar ini.

Insyallah jika keadaan kembali pulih, kejohanan kita yang ditangguhkan akan kembali seperti biasa selepas jawatankuasa penganjuran bermesyuarat nanti

Kerajaan Malaysia mengumumkan perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa sehingga 31 Mac ini ekoran penularan wabak Covid-19 yang kini telah meragut 9 nyawa

 

Artikel Berkaitan