Bekalan air di 28 kawasan wilayah Kuala Selangor pulih 10 malam ini

by Ketua Pengarang

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor yang mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi tadi dijangka pulih sepenuhnya pada 10 malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berikutan kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air Sungai Sireh (LRA Sg Sireh) yang akan dilaksanakan pada 6 petang ini.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut:

  1. Bagan Tengkorak
  2. Jalan Ban Canai
  3. Jalan Kunci Air Buang
  4. Kampung Ampangan
  5. Kampung Haji Razali
  6. Kampung Melaka/ Kampung Kilat
  7. Kampung Pinang
  8. Kampung Seri Tiram Jaya
  9. Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4
  10. Kampung Sungai Kajang
  11. Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)
  12. Kampung Tok Adam
  13. Kampung Ulu Tiram
  14. Lorong Bahagia
  15. Parit 1 Sungai Burong
  16. Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z
  17. Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4
  18. Sungai Sireh Lorong 1 – 23
  19. Taman Desa Jaya
  20. Taman Kopema
  21. Taman Radin Jaya
  22. Taman Sri Bakti
  23. Taman Sri Desa
  24. Taman Sri Jaya
  25. Taman Sri Setia
  26. Taman Sri Tanjong
  27. Taman Tanjung Karang/Taman Ria Min/Taman Ketam
  28. Taman Wawasan

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com juga kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

— BERNAMA

Artikel Berkaitan